preloader
menu
Message from

NAZRUL NAMIZAN AHMAD

Chief Agency Officer,
Zurich Takaful Malaysia Berhad

Selamat datang ke laman mikro yang didekasikan khas buat juara-juara Zurich Takaful Nite of the Takaful Stars 2023!

Kejayaan anda adalah kebanggaan kami, bukti pencapaian luar biasa anda anda bukan sahaja diiktiraf di atas pentas Nite of the Takaful Stars, malah diabadikan secara digital sebagai tanda penghargaan kami kepada kerja keras dan penat lelah anda selama berkhidmat di bawah Zurich Takaful. Tahniah diucapkan buat anda kerana sentiasa komited dalam memberikan hanya yang terbaik buat pelanggan Zurich Takaful, dengan memastikan masa depan mereka terjamin dan terlindung dari musibah yang tidak diingini, malah anda juga mampu berdaya saing, bertungkus lumus memberikan separuh jiwa dan raga anda kepada pasukan agensi dan juga Zurich Takaful.

Rekod cemerlang anda mampu memberi inspirasi kepada ejen baru dan mampu mendorong pertumbuhan yang berterusan di dalam pasukan agensi kita. Bukan mudah untuk meraih gelaran juara dan meraih tempat teratas, menjadi yang terbaik dari yang terbaik, kerana disebalik kejayaan yang dijulang, adalah insan yang telah banyak berkorban untuk berada di puncak kejayaan! Dengan keazaman yang kuat, minda yang kental, bercita-cita tinggi, tidak pernah kenal erti berputus asa, menjadikan mereka layak untuk berada di pentas NOTTS!

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelanggan Zurich Takaful di atas kepercayaan dan sokongan anda terhadap produk dan perkhidmatan Zurich Takaful kerana ia merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan dan pembangunan syarikat. Sama ada anda merancang untuk memulakan keluarga, mengembangkan perniagaan anda atau melabur dalam rumah baharu, kami komited untuk membantu anda mencipta masa depan yang lebih cerah bersama-sama.