preloader
menu
Message from

NUR FATIHAH MUSTAFA

Authorised Representative,
Zurich Takaful Malaysia Berhad

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada setiap juara dan pemenang di Nite of the Takaful Stars 2024. Memenangi anugerah ini merupakan testimoni terbaik anda di atas komitmen yang anda berikan demi memastikan pelanggan mendapat perlindungan yang mereka perlukan. Dengan berbekalkan etika kerja yang profesional, komitmen yang teguh, dan keazaman untuk terus berusaha membina masa depan yang lebih baik, saya yakin anda bukan sahaja akan dapat mencapai kejayaan untuk mencapai sasaran takaful tetapi, yang lebih penting, demi kesejahteraan pelanggan.

Saya, bersama-sama dengan pasukan pengurusan di Zurich Malaysia, bersyukur dan berterima kasih atas sokongan berterusan dan cita-cita anda untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Anda bukan sahaja telah meningkatkan prestasi untuk diri anda sendiri tetapi juga memberi inspirasi kepada ahli agensi anda sendiri. Kejayaan anda berfungsi sebagai pemangkin, memberi inspirasi agar kita semua dapat mengatasi halangan dan naik ke tahap yang lebih tinggi. Semoga pencapaian ini dapat kita sama-sama raikan pada tahun hadapan dan seterusnya.

Saya ucapkan tahniah sekali lagi di atas pencapaian anda yang luar biasa ini. Kejayaan anda adalah kejayaan kami!