CAO
Nazrul Namizan Ahmad
Chief Agency Officer
Zurich Takaful Malaysia Berhad

Tahniah diucapkan kepada semua para juara dan penerima-penerima anugerah Nite of the Takaful Stars di atas prestasi cemerlang dan memberangsangkan pada tahun 2022/23.
Usaha dan penat lelah anda untuk menjadi yang terbaik di dalam Industri insurans dan juga sebagai juara di Zurich Takaful bukanlah suatu tugas yang mudah. Untuk berkembang di dalam industri ini, pemikiran, jiwa yang kental, serta cita-cita yang tinggi diperlukan untuk dapat memberikan hasil kerja yang terbaik, di samping harus bekerja keras, tekun dan konsisten. Sebagai pejuang Zurich Takaful, anda telah menetapkan suatu penanda aras yang baharu dengan pengetahuan arif anda mengenai insurans dan juga industri; di samping mampu menguruskan urusan perniagaan dengan profesionalisme tanpa mengenal erti putus asa. Saya yakin dengan kemenangan anda, ia mampu memberi inspirasi baru dan mendorong pertumbuhan yang berterusan di dalam pasukan agensi kita. Saya berasa bangga dan kagum kerana dapat melihat dengan sendiri pertumbuhan, usaha dan kecekalan anda untuk berada di puncak kejayaan, dan juga muncul sebagai juara di kalangan ahli agensi. Anda adalah contoh dan aspirasi terbaik buat kami semua.
Sukacitanya kami amat berbesar hati kerana dapat menggunakan laman digital ini sebagai platform khas untuk meraikan kejayaan anda buat tahun yang ke-4. Dengan laman mikro ini, kerja keras anda diiktiraf bukan sahaja di pentas besar, malah di atas talian; dimana pencapaian anda boleh dikongsi secara digital, di media sosial dan menjadi bukti pengiktirafan buat rakan-rakan, ahli keluarga, dan juga pelanggan anda. Ya, anda layak untuk mendapat pengiktirafan sebegini di atas penat lelah anda!
Sekali lagi, Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua juara-juara dan penerima-penerima anugerah Nite of the Takaful Stars 2022/23. Nikmatilah kemanisan kejayaan anda dan terus kekal berusaha untuk ke puncak kejayaaan!


