INTERIM AUTHORISED REPRESENTATIVE
Nur Fatihah Mustafa
Interim Authorised Representative
Zurich Takaful Malaysia Berhad

Tahniah kepada semua juara dan pemenang di Nite of the Takaful Stars 2022/23!
Kepada Pemula, Perancang dan Pemimpin Zurich Takaful, kami amat berbangga atas pencapaian anda yang luar biasa.
Anda telah menetapkan penanda aras yang tinggi bukan sahaja untuk diri anda malah untuk ahli-ahli agensi anda sendiri. Dedikasi dan titik peluh anda adalah tunggak kepada pembangunan dan kejayaan syarikat ini. Pencapaian anda telah mendorong kami berusaha untuk mengatasi sebarang cabaran bagi mencapai tahap yang lebih tinggi.
Di Zurich Takaful, kami percaya bahawa kerjasama yang lebih baik adalah penting dalam memupuk ikatan yang lebih kukuh antara syarikat dan Pasukan Agensi yang kami yang hormati. Kami akan terus meningkatkan usahasama kami dan memastikan pelanggan serta rakan-rakan kongsi Zurich sentiasa menerima sokongan dan perkhidmatan yang terbaik daripada kami.
Kejayaan anda adalah bukti hasil keazaman dan kegigihan anda yang tidak berbelah bahagi. Tatkala kita mengorak langkah ke hadapan, marilah kita terus menghayati semangat kecemerlangan, inovasi dan kerjasama dengan penuh keyakinan untuk melindungi segala yang bermakna kepada kita.
Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang luar biasa ini. Bersama-sama, kita boleh mencapai apa jua yang kita inginkan.


